- Semua Sukarelawaan dan Sukarelawaan Radio Amatur ASTRA Perlis diminta melapor diri di bliliK Gerakan Banjir di Pejabat JKM Perlis mulai 20 November 2014
- 600 maansa telah dipindahkan di 5 pusat pemindahan di Perlis . Arahan 20 MKN Perlis.
- Maklumat banjir boleh dikongsi melalui Repeater 9M4RHP
- Laporkan maklumat yang sahih dan jelas kepada bilik gerakan
SUMBER MKN KANGAR PERLIS, JKM PERLIS DAN ASTRA PERLIS:
Lebih 600 mangsa banjir di negeri ini dipindahkan ke lima pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak petang semalam sehingga malam tadi.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis berkata, setakat jam 6 pagi tadi, kira-kira 628 mangsa dari 174 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup, Dewan Orang Ramai (DOR) Padang Melaka, SK Bukit Keteri, DOR Banggol Sena serta Homestay FELDA di Chuping.
Air yang melimpah dari sungai berdekatan menyebabkan beberapa kawasan yang terbabit dinaiki air pada paras antara 0.5 meter (m) hingga 2m memaksa penduduk untuk dipindahkan ke kawasan lebih selamat.
Banjir kilat semalam turut menyebabkan Jalan Padang Besar-Pauh berdekatan simpang simpang tiga Kilang Gula, Chuping, di sini hanya dapat dilalui kenderaan berat.

PENDUDUK Kampung Sungai Buluh, Batu Bertangkup, Padang Besar menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat apabila banjir berlaku awal pagi tadi akibat hujan yang berlaku sejak petang semalam. - Foto Eizairi Shamsudin

SEBAHAGIAN daripada penduduk Kampung Sungai Buluh, Batu Bertangkup, Padang Besar dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup awal pagi tadi akibat hujan yang berlaku sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar dilanda banjir. - Foto Eizairi Shamsudin

Kerjasama Agensi bantuan dan sukarelawaan Radio Amatur ASTRA Perlis. - Foto Eizairi Shamsudin
No comments:
Post a Comment