Thursday 11 February 2016

KEPADA RAKAN-RAKAN HAM YANG HORMATI.

Rakan HAM yang dihormati;

Saya adalah pelajar Universiti Utara Malaysia
Kajian ini adalah untuk memahami faktor yang mempengaruhi penggunaan Teknologi Komunikasi Radio Amatur di kalangan Komuniti Radio Amatur ketika Keadaan Kecemasan di Malaysia.Semua maklumat untuk tujuan kajian ilmiah sahaja. Ada 47 soalan soalselidik dan cuma memerlukan sekitar 10 - 15 minit sahaja untuk anda menjawab.
Harap rakan-rakan HAM sudi membantu saya dengan menjawab sedikit soal selidik berkaitan Teknologi Komunikasi Radio Amatur.
Sila klik link dibawah ini;
https://goo.gl/7wfsw5

Terima kasih.
Yang Ikhlas
Azlee bin Johar (9W2XAA) - Perlis Email – azlee@ymail.com
Universiti Utara Malaysia (SoC UUM)

ARF-DIREX 2015 TINGKAT KERJASAMA SERANTAU DALAM BANTUAN BENCANA


Komunikasi Radio Amatur digunakan dalam simulasi Keadaan Kecemasan (ES) ketika bencana Taufan Indera dalam ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercises 2015 
(ARF DiREx 2015). 

KANGAR, 24 Mei (Bernama) -- Kerjasama serantau dalam usaha bantuan bencana akan dipertingkatkan apabila lebih 1,700 anggota dari 22 negara menghadiri Forum Serantau ASEAN-Eksesais Bantuan Bencana (ARF-DiREx) 2015. Eksesais akan diadakan di beberapa lokasi di Kedah dan Perlis dan akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara di Alor Setar, malam esok. Turut dijangka menghadiri upacara perasmian ialah anggota Dewan Negara China, Wang Yong yang bertanggungjawab bagi pengurusan bencana republik itu. Setiausaha Keselamatan Negeri Kedah dan Perlis Safrul Faiz Abdul Satar berkata Malaysia telah membuat persediaan sejak beberapa bulan lepas untuk memastikan kejayaan eksesais yang disertai sebilangan besar anggota penyelamat. "Setakat ini, lebih 1,700 anggota mencari dan menyelamat dari 22 negara termasuk dari China, India dan negara ASEAN telah mengesahkan penyertaan," kata beliau kepada pemberita semasa lawatan ke tapak eksesais di Empangan Timah Tasoh di sini, hari Ahad. Malaysia dan China akan mempengerusikan bersama ARF-DiREx tahun ini. Lokasi eksesais ialah di Empangan Timah Tasoh, Chuping di Perlis, dan di perairan Pulau Pinang, manakala ibu pejabat eksesais terletak di Alor Setar. Safrul Faiz berkata ARF-DiREx 2015 akan bermula dengan 'Table Top Exercise' di Alor Setar esok, diikuti latihan medan pada hari berikut, membabitkan kakitangan mencari dan menyelamat di Empangan Timah Tasoh. Katanya latihan medan pada 26 Mei membabitkan senario semasa insiden tanah runtuh serta usaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan struktur. Empangan Timah Tasoh juga menjadi lokasi bagi latihan pemindahan mangsa banjir secara besar-besaran dan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir. Chuping pula menjadi lokasi bagi latihan kebocoran kimia serta insiden jalan raya membabitkan latihan menangani tumpahan bahan berbahaya, katanya. Sementara itu, perairan Pulau Pinang akan menyaksikan eksesais maritim mencari dan menyelamat membabitkan kapal-kapal multinasional sebelum ARF-DiREx 2015 melabuhkan tirai pada Khamis, kata Safrul Faiz. Fokus ARF-DiREx 2015 adalah untuk menguji usaha penyelarasan sivil-tentera, mewujudkan sinergi dan menggabungkan usaha ke arah menyokong pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Respons Kecemasan sebagai platform bersama bagi pengurusan bencana di rantau ini. --Sumber  BERNAMA 

Monday 25 May 2015

ARF-DIREX 2015 TINGKAT KERJASAMA SERANTAU DALAM BANTUAN BENCANA





Komunikasi Radio Amatur digunakan dalam simulasi Keadaan Kecemasan (ES) ketika bencana Taufan Indera dalam ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercises 2015 

(ARF DiREx 2015).

KANGAR, 24 Mei (Bernama) -- Kerjasama serantau dalam usaha bantuan bencana akan dipertingkatkan apabila lebih 1,700 anggota dari 22 negara menghadiri Forum Serantau ASEAN-Eksesais Bantuan Bencana (ARF-DiREx) 2015.


Eksesais akan diadakan di beberapa lokasi di Kedah dan Perlis dan akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara di Alor Setar, malam esok.



Turut dijangka menghadiri upacara perasmian ialah anggota Dewan Negara China, Wang Yong yang bertanggungjawab bagi pengurusan bencana republik itu.



Setiausaha Keselamatan Negeri Kedah dan Perlis Safrul Faiz Abdul Satar berkata Malaysia telah membuat persediaan sejak beberapa bulan lepas untuk memastikan kejayaan eksesais yang disertai sebilangan besar anggota penyelamat.



"Setakat ini, lebih 1,700 anggota mencari dan menyelamat dari 22 negara termasuk dari China, India dan negara ASEAN telah mengesahkan penyertaan," kata beliau kepada pemberita semasa lawatan ke tapak eksesais di Empangan Timah Tasoh di sini, hari Ahad.



Malaysia dan China akan mempengerusikan bersama ARF-DiREx tahun ini.



Lokasi eksesais ialah di Empangan Timah Tasoh, Chuping di Perlis, dan di perairan Pulau Pinang, manakala ibu pejabat eksesais terletak di Alor Setar.



Safrul Faiz berkata ARF-DiREx 2015 akan bermula dengan 'Table Top Exercise' di Alor Setar esok, diikuti latihan medan pada hari berikut, membabitkan kakitangan mencari dan menyelamat di Empangan Timah Tasoh.



Katanya latihan medan pada 26 Mei membabitkan senario semasa insiden tanah runtuh serta usaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan struktur.



Empangan Timah Tasoh juga menjadi lokasi bagi latihan pemindahan mangsa banjir secara besar-besaran dan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir.



Chuping pula menjadi lokasi bagi latihan kebocoran kimia serta insiden jalan raya membabitkan latihan menangani tumpahan bahan berbahaya, katanya.



Sementara itu, perairan Pulau Pinang akan menyaksikan eksesais maritim mencari dan menyelamat membabitkan kapal-kapal multinasional sebelum ARF-DiREx 2015 melabuhkan tirai pada Khamis, kata Safrul Faiz.



Fokus ARF-DiREx 2015 adalah untuk menguji usaha penyelarasan sivil-tentera, mewujudkan sinergi dan menggabungkan usaha ke arah menyokong pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Respons Kecemasan sebagai platform bersama bagi pengurusan bencana di rantau ini.



--Sumber  BERNAMA



Sunday 7 December 2014

MAKLUMAT BANJIR PERLIS 26 November 2014

136 masih tinggal di pusat pemindahan banjir



136 masih tinggal di pusat pemindahan banjir
Mangsa paling ramai adalah di Parlimen Padang Besar membabitkan 69 orang daripada 12 keluarga.
KANGAR: Sebanyak 136 mangsa banjir dari 27 keluarga dari beberapa bahagian Perlis masih berada di enam buah pusat pemindahan sehingga pukul 5.30 petang ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perlis, mangsa paling ramai adalah di Parlimen Padang Besar membabitkan 69 orang daripada 12 keluarga.

Dari jumlah itu 15 mangsa dari lima keluarga tinggal di Dewan Orang Ramai (DOR) Titi Besi manakala 54 mangsa dari tujuh keluarga tinggal di homestay Felda Chuping.

Bagi Parlimen Arau, 61 mangsa dari 14 keluarga masih tinggal di tiga pusat pemindahan iaitu 26 orang (empat keluarga - di Dewan Taman Bersatu Arau; 24 orang (tujuh keluarga - di Kolej Vokesional Arau) dan 11 orang (tiga keluarga - di DOR Guar Gajah).

Bagi Parlimen Kangar hanya satu keluarga seramai enam orang dipindahkan ke Dewan Taman Sri Pilihan, Repoh, kata jurucakap itu.

Beliau berkata tujuh pusat pemindahan di Padang Besar yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, DOR Banggol Sena, pusat khidmat Mata Ayer, Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, DOR Kampung Gial Selatan, DOR Padang Melaka dan SK Bukit Keteri.

Di Arau tiga pusat pemindahan yang ditutup ialah DOR Kubang Gajah, DOR Padang Nyu dan Dewan Guar Sanji.

Air di sungai-sungai utama khususnya Sungai Perlis, Sungai Arau, Sungai Repoh dan sungai sekitar Chuping beransur surut lewat petang ini, katanya.

Tinjauan Bernama mendapati banyak kawasan sawah padi di utara Perlis rosak akibat banjir yang melanda sejak Sabtu lepas.

Jumlah keluasan dan nilai kerosakan sedang disiasat.


MAKLUMAT BANJIR PERLIS 25 November 2014

SUMBER MKN PERLIS 

628 penduduk di Perlis terjejas banjir

Kangar: Hujan lebat berpanjangan memaksa lebih 600 penduduk di beberapa kawasan di negeri ini dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air sejak petang semalam hingga malam tadi.
Sumber Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis berkata, setakat jam 6 pagi tadi, pihaknya membuka lima pusat pemindahan bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir terbabit.
Menurutnya, kira-kira 628 mangsa membabitkan 174 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup, Dewan Orang Ramai Padang Melaka, SK Bukit Keteri, Dewan Orang Ramai Banggol Sena dan rumah inap desa FELDA di Chuping.
Air yang melimpah dari sungai berdekatan menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air setinggi antara 0.5 meter (m) hingga 2 m.
Banjir kilat semalam turut menyebabkan Jalan Padang Besar-Pauh berdekatan simpang simpang tiga Kilang Gula, Chuping, di sini, hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Artikel ini disiarkan hARIAN METRO pada : Ahad, 23 November 2014 @ 11:34 AM

MAKLUMAT BANJIR PERLIS 21 – 25 November 2014

  • Semua Sukarelawaan dan Sukarelawaan Radio Amatur ASTRA Perlis diminta melapor diri di bliliK Gerakan Banjir di Pejabat JKM Perlis mulai 20 November 2014
  • 600 maansa telah dipindahkan di 5 pusat pemindahan di Perlis . Arahan 20 MKN Perlis.
  • Maklumat banjir boleh dikongsi melalui Repeater 9M4RHP
  • Laporkan maklumat yang sahih dan jelas kepada bilik gerakan
(Disediakan oleh Azlee Johar 6W2XAA)

SUMBER MKN KANGAR PERLIS, JKM PERLIS DAN ASTRA PERLIS: 
Lebih 600 mangsa banjir di negeri ini dipindahkan ke lima pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak petang semalam sehingga malam tadi.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis berkata, setakat jam 6 pagi tadi, kira-kira 628 mangsa dari 174 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup, Dewan Orang Ramai (DOR) Padang Melaka, SK Bukit Keteri, DOR Banggol Sena serta Homestay FELDA di Chuping.
Air yang melimpah dari sungai berdekatan menyebabkan beberapa kawasan yang terbabit dinaiki air pada paras antara 0.5 meter (m) hingga 2m memaksa penduduk untuk dipindahkan ke kawasan lebih selamat.
Banjir kilat semalam turut menyebabkan Jalan Padang Besar-Pauh berdekatan simpang simpang tiga Kilang Gula, Chuping, di sini hanya dapat dilalui kenderaan berat.
PENDUDUK Kampung Sungai Buluh, Batu Bertangkup, Padang Besar menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat apabila banjir berlaku awal pagi tadi akibat hujan yang berlaku sejak petang semalam. - Foto Eizairi Shamsudin

SEBAHAGIAN daripada penduduk Kampung Sungai Buluh, Batu Bertangkup, Padang Besar dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup awal pagi tadi akibat hujan yang berlaku sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar dilanda banjir. - Foto Eizairi Shamsudin

Kerjasama Agensi bantuan dan sukarelawaan Radio Amatur ASTRA Perlis. - Foto Eizairi Shamsudin

Sunday 17 August 2014

SEMINAR KOMUNIKASI BERKESAN DALAM MENGHADAPI BENCANA ALAM DI MALAYSIA

Pada 29 Mac 2014 ASTRA telah berjaya mengadakan satu Seminar Radio Amatur Komunikasi Berkesan Dalam Menghadapi Bencana Alam Di Perlis dengan bantuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) cawangan Perlis. Seminar ini bertempat di UNIMAP Perlis.  Banyak ilmu dan pengetahuan berkaitan kepentingan komunikasi radio amatur  dalam seminar ini (ASTRA, 2014). Maklumat lanjut boleh didapati daripada portal ASTRA Perlis - http://astra-perlis.blogspot.com/


Disediakan oleh 
Azlee bin Johar (2988-071-14)

EMERGENCY RADIO ORGANISATION

LOGO RADIC

LOGO RADIC