Sunday 7 December 2014

MAKLUMAT BANJIR PERLIS 26 November 2014

136 masih tinggal di pusat pemindahan banjir



136 masih tinggal di pusat pemindahan banjir
Mangsa paling ramai adalah di Parlimen Padang Besar membabitkan 69 orang daripada 12 keluarga.
KANGAR: Sebanyak 136 mangsa banjir dari 27 keluarga dari beberapa bahagian Perlis masih berada di enam buah pusat pemindahan sehingga pukul 5.30 petang ini.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perlis, mangsa paling ramai adalah di Parlimen Padang Besar membabitkan 69 orang daripada 12 keluarga.

Dari jumlah itu 15 mangsa dari lima keluarga tinggal di Dewan Orang Ramai (DOR) Titi Besi manakala 54 mangsa dari tujuh keluarga tinggal di homestay Felda Chuping.

Bagi Parlimen Arau, 61 mangsa dari 14 keluarga masih tinggal di tiga pusat pemindahan iaitu 26 orang (empat keluarga - di Dewan Taman Bersatu Arau; 24 orang (tujuh keluarga - di Kolej Vokesional Arau) dan 11 orang (tiga keluarga - di DOR Guar Gajah).

Bagi Parlimen Kangar hanya satu keluarga seramai enam orang dipindahkan ke Dewan Taman Sri Pilihan, Repoh, kata jurucakap itu.

Beliau berkata tujuh pusat pemindahan di Padang Besar yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, DOR Banggol Sena, pusat khidmat Mata Ayer, Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka, DOR Kampung Gial Selatan, DOR Padang Melaka dan SK Bukit Keteri.

Di Arau tiga pusat pemindahan yang ditutup ialah DOR Kubang Gajah, DOR Padang Nyu dan Dewan Guar Sanji.

Air di sungai-sungai utama khususnya Sungai Perlis, Sungai Arau, Sungai Repoh dan sungai sekitar Chuping beransur surut lewat petang ini, katanya.

Tinjauan Bernama mendapati banyak kawasan sawah padi di utara Perlis rosak akibat banjir yang melanda sejak Sabtu lepas.

Jumlah keluasan dan nilai kerosakan sedang disiasat.


MAKLUMAT BANJIR PERLIS 25 November 2014

SUMBER MKN PERLIS 

628 penduduk di Perlis terjejas banjir

Kangar: Hujan lebat berpanjangan memaksa lebih 600 penduduk di beberapa kawasan di negeri ini dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air sejak petang semalam hingga malam tadi.
Sumber Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis berkata, setakat jam 6 pagi tadi, pihaknya membuka lima pusat pemindahan bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir terbabit.
Menurutnya, kira-kira 628 mangsa membabitkan 174 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup, Dewan Orang Ramai Padang Melaka, SK Bukit Keteri, Dewan Orang Ramai Banggol Sena dan rumah inap desa FELDA di Chuping.
Air yang melimpah dari sungai berdekatan menyebabkan kawasan terbabit dinaiki air setinggi antara 0.5 meter (m) hingga 2 m.
Banjir kilat semalam turut menyebabkan Jalan Padang Besar-Pauh berdekatan simpang simpang tiga Kilang Gula, Chuping, di sini, hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Artikel ini disiarkan hARIAN METRO pada : Ahad, 23 November 2014 @ 11:34 AM

MAKLUMAT BANJIR PERLIS 21 – 25 November 2014

  • Semua Sukarelawaan dan Sukarelawaan Radio Amatur ASTRA Perlis diminta melapor diri di bliliK Gerakan Banjir di Pejabat JKM Perlis mulai 20 November 2014
  • 600 maansa telah dipindahkan di 5 pusat pemindahan di Perlis . Arahan 20 MKN Perlis.
  • Maklumat banjir boleh dikongsi melalui Repeater 9M4RHP
  • Laporkan maklumat yang sahih dan jelas kepada bilik gerakan
(Disediakan oleh Azlee Johar 6W2XAA)

SUMBER MKN KANGAR PERLIS, JKM PERLIS DAN ASTRA PERLIS: 
Lebih 600 mangsa banjir di negeri ini dipindahkan ke lima pusat pemindahan selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak petang semalam sehingga malam tadi.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis berkata, setakat jam 6 pagi tadi, kira-kira 628 mangsa dari 174 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bertangkup, Dewan Orang Ramai (DOR) Padang Melaka, SK Bukit Keteri, DOR Banggol Sena serta Homestay FELDA di Chuping.
Air yang melimpah dari sungai berdekatan menyebabkan beberapa kawasan yang terbabit dinaiki air pada paras antara 0.5 meter (m) hingga 2m memaksa penduduk untuk dipindahkan ke kawasan lebih selamat.
Banjir kilat semalam turut menyebabkan Jalan Padang Besar-Pauh berdekatan simpang simpang tiga Kilang Gula, Chuping, di sini hanya dapat dilalui kenderaan berat.
PENDUDUK Kampung Sungai Buluh, Batu Bertangkup, Padang Besar menunggu bantuan daripada pasukan penyelamat apabila banjir berlaku awal pagi tadi akibat hujan yang berlaku sejak petang semalam. - Foto Eizairi Shamsudin

SEBAHAGIAN daripada penduduk Kampung Sungai Buluh, Batu Bertangkup, Padang Besar dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup awal pagi tadi akibat hujan yang berlaku sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar dilanda banjir. - Foto Eizairi Shamsudin

Kerjasama Agensi bantuan dan sukarelawaan Radio Amatur ASTRA Perlis. - Foto Eizairi Shamsudin

EMERGENCY RADIO ORGANISATION

LOGO RADIC

LOGO RADIC