Thursday 11 February 2016

KEPADA RAKAN-RAKAN HAM YANG HORMATI.

Rakan HAM yang dihormati;

Saya adalah pelajar Universiti Utara Malaysia
Kajian ini adalah untuk memahami faktor yang mempengaruhi penggunaan Teknologi Komunikasi Radio Amatur di kalangan Komuniti Radio Amatur ketika Keadaan Kecemasan di Malaysia.Semua maklumat untuk tujuan kajian ilmiah sahaja. Ada 47 soalan soalselidik dan cuma memerlukan sekitar 10 - 15 minit sahaja untuk anda menjawab.
Harap rakan-rakan HAM sudi membantu saya dengan menjawab sedikit soal selidik berkaitan Teknologi Komunikasi Radio Amatur.
Sila klik link dibawah ini;
https://goo.gl/7wfsw5

Terima kasih.
Yang Ikhlas
Azlee bin Johar (9W2XAA) - Perlis Email – azlee@ymail.com
Universiti Utara Malaysia (SoC UUM)

ARF-DIREX 2015 TINGKAT KERJASAMA SERANTAU DALAM BANTUAN BENCANA


Komunikasi Radio Amatur digunakan dalam simulasi Keadaan Kecemasan (ES) ketika bencana Taufan Indera dalam ASEAN Regional Forum Disaster Relief Exercises 2015 
(ARF DiREx 2015). 

KANGAR, 24 Mei (Bernama) -- Kerjasama serantau dalam usaha bantuan bencana akan dipertingkatkan apabila lebih 1,700 anggota dari 22 negara menghadiri Forum Serantau ASEAN-Eksesais Bantuan Bencana (ARF-DiREx) 2015. Eksesais akan diadakan di beberapa lokasi di Kedah dan Perlis dan akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara di Alor Setar, malam esok. Turut dijangka menghadiri upacara perasmian ialah anggota Dewan Negara China, Wang Yong yang bertanggungjawab bagi pengurusan bencana republik itu. Setiausaha Keselamatan Negeri Kedah dan Perlis Safrul Faiz Abdul Satar berkata Malaysia telah membuat persediaan sejak beberapa bulan lepas untuk memastikan kejayaan eksesais yang disertai sebilangan besar anggota penyelamat. "Setakat ini, lebih 1,700 anggota mencari dan menyelamat dari 22 negara termasuk dari China, India dan negara ASEAN telah mengesahkan penyertaan," kata beliau kepada pemberita semasa lawatan ke tapak eksesais di Empangan Timah Tasoh di sini, hari Ahad. Malaysia dan China akan mempengerusikan bersama ARF-DiREx tahun ini. Lokasi eksesais ialah di Empangan Timah Tasoh, Chuping di Perlis, dan di perairan Pulau Pinang, manakala ibu pejabat eksesais terletak di Alor Setar. Safrul Faiz berkata ARF-DiREx 2015 akan bermula dengan 'Table Top Exercise' di Alor Setar esok, diikuti latihan medan pada hari berikut, membabitkan kakitangan mencari dan menyelamat di Empangan Timah Tasoh. Katanya latihan medan pada 26 Mei membabitkan senario semasa insiden tanah runtuh serta usaha untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan struktur. Empangan Timah Tasoh juga menjadi lokasi bagi latihan pemindahan mangsa banjir secara besar-besaran dan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir. Chuping pula menjadi lokasi bagi latihan kebocoran kimia serta insiden jalan raya membabitkan latihan menangani tumpahan bahan berbahaya, katanya. Sementara itu, perairan Pulau Pinang akan menyaksikan eksesais maritim mencari dan menyelamat membabitkan kapal-kapal multinasional sebelum ARF-DiREx 2015 melabuhkan tirai pada Khamis, kata Safrul Faiz. Fokus ARF-DiREx 2015 adalah untuk menguji usaha penyelarasan sivil-tentera, mewujudkan sinergi dan menggabungkan usaha ke arah menyokong pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Respons Kecemasan sebagai platform bersama bagi pengurusan bencana di rantau ini. --Sumber  BERNAMA 

EMERGENCY RADIO ORGANISATION

LOGO RADIC

LOGO RADIC