Tuesday 31 July 2012

PENDEKATAN AWAL BAHAYA BANJIR DAN TSUNAMI

 "UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"
    (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)
Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia (ASTRA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, satu program komuniti anjuran ITU-UUM Asia-Pacific Centre of Excellence for Rural ICT Development  (ITU-UUM) yang bertajuk ‘Pendidikan Menghadapi Bencana Alam: Bagaimana Menghadapinya?’ telah berjaya dilaksanakan.
Sesi taklimat dan tayangan video berkaitan banjir dan tsunami telah dimuatkan dalam aktiviti program berjaya menarik minat peserta. Program ini yang telah disertai 80 orang pelajar dan 40 guru-guru dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Arau dan Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis pada 4 Julai 2012 lalu. Penceramah yang berpengalaman dalam menghadapi situasi bencana adalah terdiri daripada wakil MKN dan ASTRA secara tidak langsung turut memberikan impak kepada program ini.
Aktiviti minda seperti soal jawab kuiz, kerja berkumpulan dan latihan kecemasan juga turut diselitkan dalam aktiviti program bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang langkah-langkah yang perlu diambil pada sebelum, semasa dan selepas menghadapi sesuatu bencana.
Guru besar dan kakitangan dari kedua-dua buah sekolah amat berterima kasih dan memberi maklum balas yang positif terhadap program yang dianjurkan dan berharap program sebegini dapat dianjurkan di masa akan datang. Guru besar juga berucap dalam majlis penutup bahawa pelajar yang terlibat sangat beruntung kerana diberi pendedahan menghadapi bencana seawal umur 9 tahun.
Secara umumnya, program ini telah mencapai matlamat dan objektif penganjurannya iaitu  memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar sekolah rendah yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi bencana alam seperti banjir dan tsunami dan rata-rata para pelajar juga sangat berpuas hati dengan pengendalian bengkel tersebut. Pihak ITU-UUM berharap para peserta dapat memanfaatkan segala input yang diberikan ketika bengkel ini. Di samping itu, pihak ITU-UUM ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran program ini.

ITU-UUM BERPERANAN MEMBERI PENDEKATAN AWAL BAHAYA BANJIR DAN TSUNAMI

UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

Klik untuk lihat gambar

EMERGENCY RADIO ORGANISATION

LOGO RADIC

LOGO RADIC